LaGeNdA pUlAu DaYaNg BuNtInG
Lagenda
pada pulau ini penuh dengan misteri dan mitosnya sendiri. Air dari
tasik pulau ini dipercayai dapat merawat kemandulan dengan meminum atau
mandi dengannya. Terdapat banyak versi cerita rakyat tentang asal-usul
tasik ini namun lagenda Putri Dayang Sari adalah cerita yang termasyur.
Tasik Dayang Bunting terletak di sebuah pulau yang membawa nama yang
sama iaitu Pulau Dayang Bunting. Pulau yang berukuran 800 x 350 meter
ini adalah pulau yang terbesar diantara gugusan pulau-pulau di Langkawi.
Tasik Dayang Bunting ini dikelilingi dari setiap sudut oleh cerun curam
yang ditumbuhi sepenuhnya oleh pokok-pokok dan dipisahkan dari laut
oleh satu rekahan kecil melalui timbunan batu kapur. Struktur Geografi
yang membentuk bukit-bukiau serta batu-batan disekeliling tasik ini
seolah-olah menggambarkan seorang wanita yang mengandung sedang tidur
terbaring. Namun begitu, tasik ini diberi nama sedemikian kerana
mengambilkira satu lagenda lama yang mengisahkan perkahwinan seorang
puteri kayangan dengan seorang putera raja kerajaan bumi. Anak yang
lahir dari perkahwinan mereka in telah mangkat selepas saja ia
dilahirkan. Oleh kerana puteri ini sangat sedih dan kecewa, beliau telah
menyemadikan mayat anaknya ke dalam air tasik ini. Beliau telah
meninggalkan bumi dan kembali pulang ke kayangan tetapi telah menjampi
air tasik tersebut sebagai penawar kepada pasangan yang tidak dapat
melahirkan anak. Dipercayai perempuan mandul akan dapat mengandungkan
anak selepas mandi di tasik ini.
i like... nice place
ReplyDeletei see the shape human figure...something great about our country.
ReplyDeletegood info, will be useful for needed
ReplyDelete