Monday 3 December 2012

Contoh karangan fakta

Kebaikan Menonton Televisyen Kepada Murid

     Televisyen merupakan alat media elektronik hasil sentuhan kreatif J.L. Baird. Alat ini berkonsepkan media ' pandang - dengar'. Justeru,alat ini amat diminati umum termasuk golongan murid.

     Paling ketara, televisyen memaparkan hiburan sensasi dalam pelbagai bentuk. Antaranya, rancangan muzik dan nyanyian,tayangan filem, serta rancangan kartun. Unsur hiburan seperti ini amat penting bagi meredakan ketegangan emosi dan minda murid.

     Di samping itu, televisyen memaparkan pelbagai informasi terkini dari dalan dan luar negara. Informasi ini disiarkan melalui slot berita dan peristiwa, isu, serta filem rencana. Sesungguhnya, informasi ini amat penting bagi melahirkan murid yang kaya dengan pelbagai maklumat.

     Televisyen juga memuatkan pelbagai rancangan pendidikan untuk murid. Rancangan ini termasuk siri Upin dan Ipin, Tom Tom Bak, dan Sesama Street. Lebih daripada itu, televisyen antara bantu pengajaran paling efektif di sekolah melalui siaran TV Pendidikan. Penampilan ini bukan sahaja menarik,malahan dapat meningkatkan pengetahuan secara formal dan tidak formal.\

     Selain itu, televisyen memaparkan pelbagai kisah suka duka kehidupan manusia. Kisah tersebut dicetuskan melalui slot Kisah Benar, Bersamamu, Prihatin, dan sebagainya. Sesungguhnya,pemaparan kisah tersebut dapat dijadikan teladan selain memupuk sikap prihatin dan suka membantu.

     Namun demikian,murid harus bijak memilih siaran untuk ditontoni. Jika tidak, diri sendirilah yang akan menerima risiko negatifnya. 

3 comments:

  1. Contoh karangan ini sangat berguna kepada murid-murid!

    ReplyDelete
  2. siaran seperti ini boleh melahirkan bakat kepada murid murid khususnya dalam bidang perfileman.

    ReplyDelete