Monday 3 December 2012

Peranan tokoh - tokoh kemerdekaan

1.  Perjuangan mencapai kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 adalah hasil usaha yang dilakukan oleh
     pemimpin masyarakat yang berwibawa dan berdedikasi.

2.  Hasil perundingan dan kebijaksanaan mereka,negara kita telah mencapai kemerdekaan tanpa melibatkan
     pertumpahan darah.

3.  Kerjasama dan perpaduan juga adalah penting bagi membuktikan bahawa walaupun negara kita terdiri
    daripada masyarakat pelbagai kaum,kita masih boleh hidup dalam suasana harmoni.

4.  Antara tokoh penting yang memainkan peranan untuk mencapai kemerdekaan negara ialah Tunku Abdul
     Rahman Putra al- Haj, Tun Abdul Razak, Tun H.S. Lee, dan Tun V.T. Sambanthan.

Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj

  • Beliau menggantikan Dato' Onn bin Ja'afar sebagai Presiden UMNO.
  • Beliau telah berjaya membawa rombongan ke meja perundingan bersama - sama pegawai British dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan negara.
  • Beliau juga merupakan Ketua Parti Perikatan dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
  • Kebijaksanaannya mengendalikan pakatan murni antara kaum telah membolehkan negara mencapai kemerdekaan tanpa menumpahkan darah.
  • Beliau telah diberi gelaran Bapa Kemerdekaan Malaysia.

Tun Abdul Razak
  • Beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO dan juga telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebaik sahaja negara mencapai kemerdekaan.
  • Turut serta dalam perundingan,iaitu menjadi perunding menuntut kemerdekaan pada tahun 1956 di London.
  • Menjadi perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Merdeka 1957.
  • Beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang menggubal sistem pendidikan kebangsaan negara. Laporan itu dikenali sebagai Penyata Razak pada tahun 1957.
  • Dilantik sebagai Perdana Menteri Kedua pada tahun 1970.
  • Juga digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia kerana usaha - usaha yang dilakukan untuk membangunkan negara.
Tun H.S. Lee dan Tan Cheng Lock
  • Tun H.S. Lee ialah seorang tokoh MCA yang telah memulakan kerjasama kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan. Parti ini telah bekerjasama dengan UMNO dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan negara pada tahun 1954.
  • Parti Perikatan telah bertanggungjawab sehingga negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
  • Beliau merupakan Menteri Kewangan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.
  • Selain itu, Tan Cheng Lock yang merupakan Presiden MCA juga memainkan peranan penting iaitu sebagai penyokong Tunku Abdul Rahman dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

No comments:

Post a Comment